+6019 260 0090 helpdesk.arraudhahtravel@gmail.com
Selamat Datang ke Ar- Raudhah Travel

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Birth Date*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
+6019 260 0090 helpdesk.arraudhahtravel@gmail.com
Selamat Datang ke Ar- Raudhah Travel

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Birth Date*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login

Umrah Safwah + Al Sham Province (FB)

0
Musim Biasa - Fullboard
Harga DariRM8,080
Musim Biasa - Fullboard
Harga DariRM8,080
Booking Form
Enquiry Form
Nama*
Telefon*
E-Mail*
Mesej*
* Saya bersetuju dengan Terma dan syarat serta Privasi Polisiarraudhah2u.
Sila bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum meneruskan ke langkah berikutnya
The tour is not available yet.

Proceed Booking

Simpan Ke Senarai Hajat

Adding item to wishlist requires an account

2674

Kenapa tempah dengan Ar-Raudhah Travel?

  • Jaminan harga terbaik
  • Khidmat pelanggan 24/7
  • Pilihan mengikut keselesaan anda
  • Insurans terjamin bersama

Ada soalan?

Jangan lepaskan peluang ini. Kami adalah tim yang sentiasa ingin berikan solusi..

Telah ditubuhkan sejak 1994 dan sudah lebih 25tahun pengalaman dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci

+6019-260 0090

helpdesk.arraudhahtravel@gmail.com

  • 12H/10M
  • Perlindungan Insurans
  • Bagasi 25 kg
  • Fullboard Asia Buffet
  • Mutawwif Bertauliah
  • Tiket Pergi Balik
  • Kul-Jed / Jed-Kul
  • Penerbangan : 12 Jam
Hotel Madinah & Makkah Setaraf
Maklumat Hotel Penginapan di Madinah & Makkah

Hotel Madinah

Nama Hotel :Al Sham Province @ Setaraf
Jarak Hotel :50meter
Rating4 Bintang

Hotel Makkah

Nama Hotel :Al Safwah Royale Orchid @ Setaraf
Jarak Hotel :50meter
Rating5 Bintang

Keterangan Harga Pakej.

PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Andalusia boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Ar-Raudhah Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  1. Tiket penerbangan pergi balik termasuk cukai. Harga tiket mungkin berubah mengikut syarikat penerbangan.
  2. Bilik hotel termasuk cukai dan VAT Saudi.
  3. Makan minum buffet Asia Fullboard 3 kali sehari. termasuk cukai dan VAT Saudi.
  4. Visa.
  5. 1 kali umrah – dibimbing oleh mutawwif. Umrah kedua hanya boleh dipohon selepas selesai umrah pertama.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  2. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  3. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  4. Kos kuarantin di Malaysia & kos saringan covid-19.
  5. Kos kuarantin di Arab Saudi sekiranya keputusan covid-19 positif.
  6. Kos saringan covid-19 di Arab Saudi.
  7. Kos RTK di Malaysia sebelum berlepas ke Saudi. Anggaran kos biasa RM50 – RM100 ;
  8. Kos PCR di Saudi sebelum pulang ke Malaysia. Anggaran kos ialah SR180 – SR200.
  9. Kit Saliva.
  10. Kos kuarantin, jika permohonan jemaah utk home-quarantine ditolak.
  11. Tambang teksi sekiranya jemaah perlu berulang ke hospital sekiranya sakit atau dialisis.
  12. Insurans individu. Anggaran RM50 – RM100 (18 Tahun – 70 Tahun) & RM200 – RM250 (71 Tahun – 80 Tahun). Pakej Silver. Tertakluk kepadabilangan hari di Arab Saudi.
  13. Lain-lain aturcara atau makan minum yang tidak disebut di dalam aturcara & pakej.

Contoh Tidak Termasuk Dalam Pakej :

RTK Swab test di Malaysia : RM50.
PCR Swab test di Saudi : RM200.
Sim Card di Saudi : RM80.
Insurance Travel (individu. Tambahan urusan sendiri) : RM250. Kit Saliva : RM30. 1 Pack.
Total : RM610.00

Aturcara Am Perjalanan Umrah 12 Hari

Makluman: Aturcara ini sebelum COVID-19

**Aturcara ini untuk rujukan awal sahaja dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut kepada jadual penerbangan**

HARI 1 - 5: KUALA LUMPUR–AIRPORT JEDDAH–MADINAH

  1. Lapor diri di KLIA 4 JAM sebelum penerbangan.
  2. Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass.
  3. Berlepas ke Airport Jeddah (King Abdul Aziz International)
  4. Jemaah menaiki Bas ke Madinah (daftar masuk hotel)
  5. Jemaah dikuarantin di hotel Madinah (3H/2M)
  6. Ziarah Dalam – Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’ dan Muzium Al-Quran.
  7. Ziarah Luar – Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma. (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  8. Ziarah Pilihan (dengan bayaran tambahan) – Kilang Al-Quran (hanya jemaah lelaki sahaja), (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)

HARI 6: MADINAH – MAKKAH

  • Ziarah Wida’
  • Memakai ihram umrah di hotel penginapan
  • Bertolak ke Makkah – bermiqat di Masjid Bir Ali (umrah petama)
  • Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie secara berjemaah dan dibimbing oleh mutawwif

HARI 7 - 10: MAKKAH

  • Ceramah Fadhilat Tanah Haram / Kewajipan Tawaf Wada
  • Sebelum Ziarah Ke Taif Dan Pendaftaran Ziarah Taif.
    (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi),
  • Ziarah Luar – Jabal Rahmah, Muzdalifah, Jamrah & Mina
    (melintasi & memandang dari dalam bas), Masjid Ja’ranah (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Pilihan Hudaibiyah (dengan bayaran tambahan) –
    Muzium Haramain, Masjid Hudaibiyah (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Taif – (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi),

HARI 11: MAKKAH – AIRPORT JEDDAH – KUALA LUMPUR

  • Tawaf Wida’ (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Bertolak ke Airport Jeddah bagi penerbangan ke Kuala Lumpur

HARI 12: KUALA LUMPUR

  • Dijangka tiba di KLIA.

NOTA:-
Turutan aturcara ini boleh berubah semasa perjalanan sebenar. Tiada jaminan bahawa pakej ini mesti dimulakan dengan perjalanan ke Madinah dahulu dan diikuti Makkah.

** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **

TERMA & SYARAT SERTA SOP COVID-19

1. Deposit Pelancongan.

Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai penempahan. Bakinya atau
bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

2. Caj Pindaan.

2.1. Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)

2.1.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.

2.1.2. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.2.1.3.Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).

2.2. Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan :

2.2.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.

2.2.2. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing- masing syarikat penerbangan.

2.2.3.Perubahanseluruhtempahanmerupakanpembatalantempahanasal.

3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan.

  • 3.1. Bagi Pakej Pelancongan FIT
  • 3.1.1. Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
  • 3.1.2. Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut akan terpakai :
Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan. Perlucutan hak deposit.
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 35% daripada tambang pelancongan.
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 50% daripada tambang pelancongan.
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 75% daripada tambang pelancongan.
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas. 100% daripada tambang pelancongan.
  • 3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2 I (Catatan : Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).
  • 3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan :
  • 3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
  • 3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :
Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan. Perlucutan hak deposit.
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 35% daripada tambang pelancongan.
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 50% daripada tambang pelancongan.
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 75% daripada tambang pelancongan.
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas. 100% daripada tambang pelancongan.
  • 3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan- kehilangan hak deposit.

4. Pembatalan Oleh Syarikat.

4.1. Pakej Pelancongan FIT :

  • 4.1.1. Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
  • 4.1.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar

4.2. Pakej Pelancongan Berkumpulan :

  • 4.2.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
  • 4.2.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar.
  • 4.2.3. Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :
Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan. Perlucutan hak deposit.
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 35% daripada tambang pelancongan.
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 50% daripada tambang pelancongan.
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. 75% daripada tambang pelancongan.
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas. 100% daripada tambang pelancongan.

5. Dokumen Perjalanan.

5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan

  • Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

  • (a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal

  • (b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati

5.2. Tanggungjawab Syarikat

  • Syarikat mengaku janji untuk :
  • (a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan
  • (b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3. Fi dan Caj Yang Relevan

  • Caj perkhidmatan dan visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan.

  • Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak pentadbiran akan dibayar balik.

5.5. Penolakan Kemasukan.

  • Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

6. Maklumat Lawatan dan Harga.

(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

  • (a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
  • (b) Penginapan hotel, berdasarkan:
  • (i) dasar berkongsi (dua orang sebilik);
  • (ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang); dan
  • (iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama
  • Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
  • (c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • (d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah :

  • (a) Dobi;
  • (b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
  • (c) Rombongan pilihan;
  • (d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
  • (e) Semua perkara persendirian.
  • *berwaad- mengikat perjanjian

7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan.

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.

8. Bagasi.

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

9. Kemungkinan Pertukaran.

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

10. Hak Untuk Menolak Penempahan.

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan perkhidmatan dan pembatalan.

11. Tanggungjawab Syarikat.

Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.

12. Insurans Perjalanan.

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

SOP persediaan (Pasca COVID 19) dari Malaysia.

  • Pastikan telah menerima 2 dos vaksin dan 1 dos penggalak (Booster).
  • Sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19. Jika perlu, dapatkan surat pengesahan doktor perubatan.
  • Sediakan passport yang masih ada sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan, 4 keping gambar ukuran 4 x 6 cm, buku suntikan ACYW 135 dan dokumen mahram (jika perlu).
  • Memiliki telefon pintar yang telah memuat turun applikasi Tawakkalna sebelum bertolak.
  • Tiada halangan perjalanan. Sila semak status anda melalui

SOP (Pasca COVID-19) sebelum berlepas ke Saudi.

  • Dinasihatkan supaya bakal jemaah menjaga kesihatan diri sendiri. Dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh berlepas, elakkan terlalu banyak bercampur gaul dengan orang ramai (kuarantin – kendiri).
  • Di nasihatkan bakal jemaah mengambil takaful/ insurans perjalanan (travel insurance) yang memberi perlindungan sekiranya berlaku pembatalan perjalanan (trip cancellation) akibat COVID 19
  • Pastikan bakal jemaah telah benar – benar bersedia dari segi persiapan ilmu manasik umrah.

SOP jemaah (Pasca COVID-19) semasa berada di Saudi.

  • Sentiasa mengamalkan SOP COVID-19 seperti memakai pelitup muka setiap masa, menjaga jarak, dan pastikan minum air sebanyaknya untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Elakkan selalu berada di tempat yang bersesak-sesak.
  • Hendaklah sentiasa patuh kepada undang-undang pasca COVID-19 Saudi dan gunakan applikasi Tawakkalna sebelum memasuki mana-mana premis di Saudi.
  • Mematuhi slot waktu yang ditetapkan untuk melaksanakan umrah dan ziarah Raudhah serta permit solat di Masjidil Haram.
  • Lapor segera kepada mutawwif anda sebaik sahaja anda berasa tidak sihat atau timbul gejala COVID 19.

SOP jemaah (pasca COVID -19) sebelum berlepas balik ke Malaysia.

  • Melakukan PCR swab test di atas kos sendiri (SR180 – SR200) yang akan diatur oleh pihak Ar-Raudhah Travel & Tours Sdn. Bhd. di hotel anda di Saudi 24 jam sebelum waktu berlepas.

SOP jemaah (pasca COVID-19) sewaktu ketibaan di KLIA.

  • Pastikan anda telah bersedia dengan Mysejahtera semasa masuk di KLIA. Menyerahkan keputusan RTK negatif kepada pihak KKM di KLIA.
  • Menjalani PCR swab test di KLIA secara percuma bagi rakyat Malaysia.
  • Jemaah Dibenar Kuarantin Di Rumah Berkuat Kuasa 14 Februari 2022.
  • Sila rujuk portal MySejahtera Traveller untuk sentiasa mengemaskini status anda sepanjang kuarantin.

Kemaskini 27 Julai 2022.

**Kami ingin memaklumkan maklumat di atas mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

PERHATIAN

  • Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
  • Ar-Raudhah Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Soalan Lazim

Adakah pakej Umrah dari Ar-Raudhah Travel boleh dipercayai?

Ya, kami adalah agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Lesen kami adalah (Co. No. 788647-P. KPK/LN:5538)(No. Siri Motac : IU0059). Anda boleh rujuk di laman rasmi MOTAC disini!
untuk semakan.

Apakah pakej yang ditawarkan oleh Ar-Raudhah Travel

Kami menawarkan pakej Umrah dan Haji dengan harga yang berpatutan untuk pelanggan-pelanggan kami.

Saya akan menguruskan visa dan tiket penerbangan saya sendiri. Bolehkah anda uruskan “ground” saya

Kami memberi anda fleksibiliti untuk perjalan umrah anda. Jika anda mempunyai Tiket anda dan Visa kami akan uruskan hotel dan pengangkutan untuk anda dan juga sebaliknya jika anda mahu kami uruskan hanya Tiket dan Visa, kami juga boleh lakukannya. Memberikan anda pilihan untuk memilih pakej perjalanan anda sendiri mengikut kesesuaian keperluan anda. Sila semak pakej yang kami sediakan di laman web rasmi arraudhah2u.com

1 travellers are considering this tour right now!