call

HUBUNGI KAMI

add

 

 add1
icon-32-time Waktu Pejabat:
9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin-Jumaat)
9.00 pg - 1.30 tgh (Sabtu)

IKLAN

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. Personal Assistant (PA)

2. GOM Ticketing Executive

3. GOM Sales Executive

4. Tour Executive (Inbound / Outbound)

5. Sales / Marketing Executive

6. Operation Executive

7. Haji / Umrah Executive

** Pengalaman 5 tahun keatas **

Sila emailkan resume anda ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERTANYAAN UMRAH

Langkah 1 of 2

    Bilik Invalid Input

    Tarikh Sila Pilih tarikh berlepas
    Pakej Invalid Input

    Bil Jemaah
    Dewasa Invalid Input Kanak-kanak Invalid Input*Orang
  1.  
  1. Nama Penuh
    Invalid Input
  2. No. Tel (HP)
    Invalid Input
  3. E-mel
    Invalid Input
  4. Alamat
    Invalid Input
  5. Anti-Spam
    Anti-Spam   RefreshInvalid Input

FOTO GALERI

view-gallery

cairo


istanbul

Pelancongan Muslim

pakejpelanconganmuslim

Tempat-Tempat Lawatan - umrah 2014
Destinasi

sanaa

Menjelajah di kota purba Sana'a Yemen

Kota lama Sana'a yang termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan salah sebuah kota purba negara Arab & berbeza kerana bangunan-bangunannya yang unik dengan gaya seni purba. Bangunan tersebut merupakan gabungan gaya Yemen yang cukup mengagumkan, yang biasanya dibina dengan batu batan  hitam basalt, batu gunung berapi, batu bata dan lumpur. Sana'a merupakan kota lama yang mempunyai 50 buah masjid, menara, taman mewah, Hammans & pasar yang unik.

Tempat-tempat menarik yang akan dilawati:

Yemen : Wadi Dhar, Dar al-Hajjar (Istana batu), Masjid as Saleh, sekitar bandar Bab al Yemen dan Arabian Souq (bazaar tradisional Arab)

Madinah : Ziarah maqam Rasulullah s.a.w & para sahabat, Raudhah & Perkuburan Baqi, Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma.

Makkah : Umrah 3x (dibimbing oleh mutawwif) serta ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan banyak lagi.

 
 
  Destinasi

TOPKAPI PALACE

Topkapi Palace atau dalam Ottoman Turki biasanya dieja “Topkapi” dalam bahasa Inggeris adalah sebuah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Uthmaniyyah untuk kira-kira 400 tahun (1465-1856) pemerintahannya. Istana dihias bagi majlis-majlis negeri dan hiburan diraja dan menjadi tarikan utama pelancong hari ini kerana terdapat banyak peninggalan-peninggalan suci dalam dunia Islam seperti jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. Pembinaan istana bermula pada tahun 1459, yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinope Byzantine.

blue-mosque-turkey

BLUE MOSQUE

Masjid Sultan Ahmed adalah Sebuah masjid bersejarah dan unik di Istanbul, bandar terbesar di Turkidan ibu kota Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang menghiasi dinding bahagian dalamnya. Masjid ini dibina antara tahun 1609 dan 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Sama seperti masjid lain, ia juga dibina untuk makam pengasas, madrasah dan tempat penginapan. Masjid ini masih digunakan dan telah menjadi tarikan pelancong kerana keindahan seni binanya.

hagia sophia 1

HAGIA SOPHIA/ ST SOPHIA MUSEUM

Hagia Sophia adalah sebuah gereja Ortodoks dan menjadi masjid sebelum menjadi muzium di Istanbul, Turki. Dalam tempoh antara 360 hingga 1453, berkhidmat sebagai Greek Patriarchal Cathedral of Constantinople, ia ditukar kepada gereja besar Roman Katolik di bawah Patriarch Latin Constantinople ketika tentera Salib menubuhkan Empayar Latin. Bangunan itu adalah sebuah masjid dari 29 Mei 1453 sehingga tahun 1931. Ia telah dibuka sebagai muzium pada 1 Februari tahun 1935.

cotton-castle

COTTON CASTLE

Pamukkale yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah sebuah kolam air panas semula jadi di Denizli Negeri di barat daya Turki. Bandar yang mengandungi air panas teres campuran mineral bekarbonat bertingkat yang mengalir. Ia terletak di rantau Aegean Inner Turki, di lembah Sungai Menderes, yang mempunyai iklim sama bagi kebanyakkan tahun. Bandar purba Greco-Roman dan Byzantine Hierapolis dibina di atas 'istana' putih kira-kira 2700 meter(8860 kaki) panjang, 600 meter( 1970 kaki) lebar dan 160m (525 kaki) tinggi. Ia boleh dilihat dari bukit di seberang lembanh di bandar Denizli, 20km dari Pamukkale.

 
 
  Destinasi
Masjid Quba

Masjid Quba'
Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, maka akan diberi pahala seperti menunaikan umrah."

Bukit Pemanah Jabal Uhud

Bukit Pemanah Di Jabal Uhud
Bukit Uhud ialah bukit dari syurga. Di sini terjadinya peperangan besar yang telah mengorbankan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hamzah.

Masjid Tujuh

Masjid Tujuh
Terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab).

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain
Masjid yang mempunyai dua mihrab, satu menghadap ke Baitulmaqdis dan satu lagi menghadap ke Baitullah. Di sinilah Rasulullah SAW melakukan solat Zohor yang mana dua rakaat pertama menghadap ke Baitulmaqdis dan dua rakaat berikutnya menghadap ke Baitullah.

Ladang Kurma Ladang Kurma
Kurma yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW iaitu Ajwa'. Benihnya ditanam sendiri oleh baginda. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa' pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.
Bayaran SR15 seorang akan dikenakan sekiranya jemaah ingin melawat Hudaibiyah. Namun begitu perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
  Destinasi
ladang unta 2 Ladang Unta
Unta adalah contoh haiwan yang penyabar. Jemaah boleh merasa sendiri hasil tenusu yang segar.
muzium Muzium
Di sini kita boleh melihat kesan-kesan sejarah mengenai pembinaan Masidil Haram,  Telaga Zam Zam, Kaabah dan lain-lain.
masjidHudaibiyah Masjid Hudaibiyah
Di masjid ini telah terjadinya satu perjanjian iaitu Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan orang kafir Quraisy. Pada masa itu, Rasulullah SAW terpaksa bertahallul dan menyembelih seekor kambing kerana dihalang untuk melakukan umrah
  Tempat-Tempat Lawatan

Jabal Thur

Jabal Thur
Sebuah bukit dipuncalknya terdapat sebuah gua yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar Al Siddiq dalam perjalanan ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.
jabalrahmah
Jabal Rahmah
Terletak di Arafah. Tempat bertemunya Adam AS dengan isterinya Hawa, setelah sekian lama mereka berpisah, dan di sini jugalah tempat umat Islam melakukan wukuf.
arafah
Padang Arafah
Ia merupakan tempat untuk melaksanakan wukuf pada musim haji. Tempat pertemuan Nabi Adam AS dengan isterinya Hawa setelah berpisah selama 200 tahun.
muzdalifah
Mudzalifah
Bermalam di Mudzalifah adalah perkara wajib haji dan di sini juga disunatkan untuk mengambil batu untuk Jamarat pada 10 Zulhijjah.
Jamarat
Jamarat (Ula, Wusta, Aqabah)
Diwajibkan kepada jemaah haji untuk melontar Jamarat Aqabah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah pada ketiga-tiga Jamarat.
mina
Mina
Mina adalah tempat di mana jemaah haji bermalam untuk melontar di tiga Jamarat.
jaranah
Jaaranah
Antara tempat bermiqat untuk penduduk Mekah dan di sini jugalah tempat miqatnya Rasullullah SAW.
Jaban Nur1
Jabal Nur (Gunung Cahaya)
Di siniah tempat pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu.
logo
alamatcawangan-resize

Foto Galeri

Peta ke Ar-Raudhah

You are here: HomeMaklumat AMTempat-Tempat Lawatan