call

HUBUNGI KAMI

add

 

 add1
icon-32-time Waktu Pejabat:
9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin-Jumaat)
9.00 pg - 1.30 tgh (Sabtu)

IKLAN

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. Personal Assistant (PA)

2. GOM Ticketing Executive

3. GOM Sales Executive

4. Tour Executive (Inbound / Outbound)

5. Sales / Marketing Executive

6. Operation Executive

7. Haji / Umrah Executive

** Pengalaman 5 tahun keatas **

Sila emailkan resume anda ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FOTO GALERI

view-gallery

Pakej Haji/Swasta/Jemputan

PENDAFTARAN HAJI

Kami juga mempunyai pakej untuk umat islam menunaikan haji (melalui usahasama dengan syarikat pengendali haji berdaftar atau visa jemputan tertakluk pada kelulusan).
 

PENGERTIAN HAJI

Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demonstrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demonstrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, "Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar", berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.
 
Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al-Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.
 
Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut. Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.
 
Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.
 

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu :

01Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh

02Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad

03Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh

04Berakal- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya

05Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala

06Berkuasa / Kemampuan - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-

A) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.

- Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,
- Ada kenderaan pergi dan balik,
- Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta.
- Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,
- Sihat tubuh badan,
- Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

B) Berkuasa dengan bantuan orang lain.

- Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
- Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.
- Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
- Dar Laqit bim Amir (r.a.) bahawa dia telah datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata; "Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah." Rasulullah S.A.W. bersabda; "Tunaikanlan haji untuk bapamu dan umrahnya sekali." ~ Riwayat Abu Daud & Tarmizi
 

JENIS-JENIS HAJI

HAJI JENIS IFRAD

Ifrad maknanya "berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.

HAJI JENIS TAMATTU'

Tamattu' ertinya bersenang-senang, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.

HAJI JENIS QIRAN

Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu". (Riwayat - Tarmizi).

 

Lain-lain pakej umrah : Badal / Upah Haji »
logo
alamatcawangan-resize

Foto Galeri

Peta ke Ar-Raudhah

You are here: HomeHajiHarga Pakej Haji