call

HUBUNGI KAMI

add

 

 add1
icon-32-time Waktu Pejabat:
9.00 pg - 6.00 ptg (Isnin-Jumaat)
9.00 pg - 1.30 tgh (Sabtu)

IKLAN

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. Personal Assistant (PA)

2. GOM Ticketing Executive

3. GOM Sales Executive

4. Tour Executive (Inbound / Outbound)

5. Sales / Marketing Executive

6. Operation Executive

7. Haji / Umrah Executive

** Pengalaman 5 tahun keatas **

Sila emailkan resume anda ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FOTO GALERI

view-gallery

BORANG PENDAFTARAN UPAH HAJI

  1. Nama Waris / Pemohon
    Invalid Input
  2. Emel*
    Alamat email anda tidak sah
  3. No.Handphone / Rumah*
    Sila Lengkapkan No Handphone
  4. Alamat*
    Sila Lengkapkan Alamat Anda
  5. Melalui Wakil
    Invalid Input
  6. Nama Penuh Badal (Si Mati)*
    Sila Lengkapkan Nama Individu Yang Dihajikan
  7. Nama Penuh Ibu Badal (Si Mati)
    Invalid Input
  8. Nota
    Invalid Input

     Jika waris berlainan sila tuliskan   dalam ruangan dibawah ini
  9. SIGHAH IJAB QABUL BADAL HAJI

    bismillah

    LAFAZ WAKIL :

    “Saya mewakilkan kepada Tuan Haji untuk melaksanakan Haji dan Umrah atas ZIMMAH Nama Si Mati____________________. Saya dengan ikhlas hati memberi wang sebanyak RM___________________tunai kerana Lillahita'ala untuk dilaksanakan BADAL HAJI seperti yang diwakilkan di atas. ”

  10. *

    Adakah anda sudah membaca niat SIGHAH IJAB QABUL BADAL HAJI di atas.


  11. Masukkan Kod Disebelah*
    Masukkan Kod Disebelah   RefreshKod anti spam tidak sah

Pengertian Badal Haji

Badal ertinya 'ganti ' , 'pengganti ', atau yang ' digantikan'. Oleh itu Badal Haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

surah-upah haji

Maksudnya: " Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim,dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia.Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia ,iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam."

Dalil Haji Badal (Upah Haji)

(Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia)
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya. Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

 

Perkhidmatan Badal Haji

Kami menawarkan menawarkan perkhidmatan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan uzur. Badal Haji(upah haji) ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dan petugas-petugas Malaysia/Pattani yang berada di Mekah dan Madinah.

HADIAH & CENDERAHATI SETELAH SELASAI HAJI

  • Sijil Badal Haji
  • Sejadah
  • Tasbih
  • Minyak Wangi

Nota: Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Proses Perlaksanaan

  1. Pendaftaran Online.
  2. Pembayaran Terus ke akaun atau Temujanji.
  3. Pengesahan penerimaan bayaran.
  4. Perlaksanaan Haji semasa musim haji pada tahun yang berkenaan.
  5. Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal haji. (Sekurang-kurangnya sebulan selepas musim haji berlalu)

Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan dan memberikan ganjaran yang sempurna kepada waris yang melaksanakan tanggungjawab ini. Amin.

 

logo
alamatcawangan-resize

Foto Galeri

Peta ke Ar-Raudhah

You are here: HomeHajiBadal Haji